Kesihatan Optimum hanya boleh di perolehi melalui sumber alam semulajadi.Suplemen berkualiti tinggi,mengungguli pasaran makanan tambahan selama 55 TAHUN.Sesuai utk sesiapa sahaja yg ingin kesihatan optimum. Glamor di kalangan ibu menyusu, ibu hamil, mereka yg ingin kulit cantik, konflik berat badan, warga emas, kanak2 dan semua golongan .

Kesihatan merupakan tenaga,kecergasan dan kesejahteraan. Anda hanya akan sedar kehadirannya bila anda merasai dan melihatnya.Kehidupan yang sihat adalah sesuatu yang indah. Orang yang sihat sentiasa bertenaga dan kelihatan HEBAT. Nutrisi Shaklee teleh menciptakan kehidupan yang lebih sihat untuk JUTAAN insan selama lebih 50 tahun.Alami rasa sihat semula dengan nutrisi Shaklee.Anda mampu memilikinya...

Tuesday, November 29, 2011

Info Warna Urin dan kaitan Vitamin Shaklee

Secara purata, kita buang air kecil 6 hingga 8 kali sehari. Namun kekerapannya bergantung kepada jumlah dan jenis minuman yang diminum. Lebih banyak kita minum air (air masak), lebih kerap kita berulang ke tandas.

Pundi kencing bertindak sebagai tempat menyimpan air kencing dan boleh mengembang untuk menampung sehingga 350 hingga 550ml air kencing. Kita biasanya hendak membuang air kecil apabila kandungan pundi kencing lebih kurang 200ml, tetapi kapasiti yang normal ialah sekitar 400ml.

Kerap buang air kecil adalah baik kerana proses semulajadi untuk menyingkirkan sisa toksin dan bahan buangan daripada badan.

Ada yang mendapati warna urin berubah menjadi kuning seperti warna vitamin B,adalah sangat normal apabila mengambil supplement yang mengandungi vitamin B, warna urin akan berubah menjadi kuning cerah. (Urin biasa berwarna kuning pucat). Ini adalah kerana vitamin B merupakan vitamin larut air, dan Riboflavin yang tidak diserap, disingkirkan melalui air kencing dan memberi warna kuning cerah kepada urin.

Namun, adalah bagus untuk mengenal warna kencing dan simptom yang datang bersamanya:

KUNING PUCAT - warna urin normal

KUNING CERAH – warna urin akibat pengambilan vitamin B complex

KUNING GELAP – dehidrasi atau akiibat pengambilan vitamin B complex

KECOKLATAN - pengambilan ubat-ubatan atau mempunyai masalah dengan organ hati

OREN - dehidrasi atau kesan pengambilan Carotomax

KERUH - jangkitan saluran kencing/kencing kotor (UTI)

KEMERAH-MERAHAN – jangkitan pada buah pinggang atau penyakit berkaitan

KEBIRU-BIRUAN – kesan pengambilan ubat-ubatan atau sejenis penyakit yang dinamakan Blue Diaper Syndrome


Sekiranya warna urin adalah kuning cerah, maka tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Sebaliknya jika kuning yang gelap, ia menandakan tubuh menghadapi kekurangan air (dehidrasi) dan perlu minum lebih banyak air.

Ia merupakan satu petanda bagus iaitu tubuh kita bertindakbalas dengan baik terhadap vitamin B tersebut.

Namun sekiranya warna tersebut bertukar menjadi pelik (rujuk di atas), sila lah berjumpa doktor dengan kadar segera.